Faedah Membaca


Membaca merupakan satu amalan yang mulia. Banyak faedah yang dapat diperolehi dengan membaca. Kerajaan sentiasa menjalankan pelbagai kempen menggalakkan masyarakat mengamalkan tabiat sika membaca. Membaca dapat meluaskan pengetahuan. Oleh itu membaca merupakan jambatan ilmu. Banyak ilmu yang dapat kita perolehi dengan membaca buku-buku, surat akhbar, majalah dan lain-lain lagi. Kita juga dapat mengetahui perkara-perkara baru dalam pelbagai bidang ilmu seperti sejarah, sastera, ekonomi, sains dan matematik.
Faedah membaca dapat kita mengetahui tentang isu-isu semasa yang berlaku di seluruh dunia. Misalnya, masalah kegawatan ekonomi, pencemaran alam sekitar, pergolakan politik, serangan pengganas, sukan dan sebagainya. Dengan demikian, kita akan lebih peka terhadap perkembangan semasa dan tidak lagi menjadi seperti katak di bawah tempurung.
Satu lagi faedah membaca ialah kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Masa tidak lagi terbuang begitu sahaja. Menyedari hakikat bahawa masa itu emas, maka amalan membaca memang wajar dilakukan oleh setiap orang setiap kali ada masa terluang.
Selain itu, membaca juga dapat meningkatkan pencapaian bahasa di kalangan pelajar-pelajar. Dengan membaca pelbagai bahan bacaan berbahasa Melayu dan Inggeris, pelajar-pelajar dapat menguasai bahasa tersebut dengan baik. Mereka juga akan terdedah kepada pelbagai gaya penulisan seperti berita rencana, laporan dan cerpen. Hal ini dapat membantu mereka dalam penulisan karangan dengan baik.
Sikap suka membaca wajar diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat untuk mencapai taraf negara maju. Jika tidak, kita akan jauh ketinggalan di belakang dan tidak mampu bersaing dengan negara-negara maju yang lain.

GRAFIK 2M

Tiada ulasan:

Catat Ulasan