Faedah Membaca


Membaca merupakan satu amalan yang mulia. Banyak faedah yang dapat diperolehi dengan membaca. Kerajaan sentiasa menjalankan pelbagai kempen menggalakkan masyarakat mengamalkan tabiat sika membaca. Membaca dapat meluaskan pengetahuan. Oleh itu membaca merupakan jambatan ilmu. Banyak ilmu yang dapat kita perolehi dengan membaca buku-buku, surat akhbar, majalah dan lain-lain lagi. Kita juga dapat mengetahui perkara-perkara baru dalam pelbagai bidang ilmu seperti sejarah, sastera, ekonomi, sains dan matematik.
Faedah membaca dapat kita mengetahui tentang isu-isu semasa yang berlaku di seluruh dunia. Misalnya, masalah kegawatan ekonomi, pencemaran alam sekitar, pergolakan politik, serangan pengganas, sukan dan sebagainya. Dengan demikian, kita akan lebih peka terhadap perkembangan semasa dan tidak lagi menjadi seperti katak di bawah tempurung.
Satu lagi faedah membaca ialah kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Masa tidak lagi terbuang begitu sahaja. Menyedari hakikat bahawa masa itu emas, maka amalan membaca memang wajar dilakukan oleh setiap orang setiap kali ada masa terluang.
Selain itu, membaca juga dapat meningkatkan pencapaian bahasa di kalangan pelajar-pelajar. Dengan membaca pelbagai bahan bacaan berbahasa Melayu dan Inggeris, pelajar-pelajar dapat menguasai bahasa tersebut dengan baik. Mereka juga akan terdedah kepada pelbagai gaya penulisan seperti berita rencana, laporan dan cerpen. Hal ini dapat membantu mereka dalam penulisan karangan dengan baik.
Sikap suka membaca wajar diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat untuk mencapai taraf negara maju. Jika tidak, kita akan jauh ketinggalan di belakang dan tidak mampu bersaing dengan negara-negara maju yang lain.

KOLEKSI CERITA

Si Comel Bertudung Merah 

             Menjunjung kasih Tuan Pengerusi Majlis, saf-saf kehakiman yang bertunjangkan keadilan, berpaksikan kebijaksanaan serta warga hadirin sekalian. Assalamualaikum w.b.t Eh......ramainya kawan-kawan kita, kawan-kawan nak dengar cerita. Ha......hari ini saya nak bercerita tentang ’ Si Comel Bertudung Merah ’. Hah..... sudah sedia semua?
            Si Comel Bertudung Merah tinggal di sebuah kampung dengan ibunya. Dia gemar memakai tudung berwarna merah apabila keluar daripada rumahnya. Tudung merah itu merupakan pemberian ayahnya sebelum ia meninggal dunia. Oleh sebab itulah dia sangat sayang akan tudung itu. Lantas orang kampung menggelarkannya ’ Si Comel Bertudung Merah ’. Si Comel Bertudung Merah mempunyai seorang nenek yang tinggal di hujung sebuah kampung. Pada suatu hari nenek Si Comel sakit, lalu Si Comel meminta izin daripada ibunya untuk menziarahi nenek kesayangannya. Ibu, saya ingin pergi ke rumah nenek. Pergilah, kalau tidak kau akan menyesal kata ibunya. Sebelum pergi kata ibunya, wahai Si Comel, ingat pesan ibu pergi terus ke rumah nenek. Jangan sesekali kau berhenti dan bercakap-cakap dengan orang yang tidak kau kenali. Ibu....saya akan menjadi anak yang baik. Nasihat ibu tidak akan saya lupakan. Saya akan pergi dan balik secepat mungkin. Janji Si Comel Bertudung Merah.
              Si Comel pun berjalan dengan membawa seraga buah-buahan dalam hutan kecil itu. Dia tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan neneknya. Sambil berjalan-jalan dia menyapa, burung-burung begitu banyak berterbangan. Nampaknya Si Comel Bertudung Merah telah terlupa dengan pesanan ibunya kerana terlalu terpesona dengan keindahan flora dan fauna di hutan tersebut. Tiba-tiba dia terlihat bunga-bunga yang cantik serta menawan hati, lalu dia pun berhenti dan memetik bunga-bunga itu. Tanpa diduga ketika itu serigala sedang asyik memerhatikan Si Comel Bertudung Merah. Serta merta dia melompat dan berdiri di hadapan Si Comel. Apa khabar wahai Si Comel ? Kamu hendak ke mana? Si Comel sangat takut, dia mulai ingat pesanan dan nasihat daripada ibunya. Hatinya mulai menyesal. Saya hendak ke rumah nenek saya di hujung hutan sana. Dia sakit dan ini saya bawa buah-buahan untuknya. Jawab Si Comel.
                Serigala dapat satu akal, lalu berlari ke rumah nenek . Dia mengetuk pintu dan meniru suara Si Comel. Nenek-nenek, saya datang ni, Saya Si Comel Bertudung Merah ni. Saya bawa buah-buahan dan bunga-bungaan yang cantik ni. Bukalah pintu. Pintu tidak berkunci sayang, masuklah, mari dekat nenek. Nenek rindulah....... Serigala itu menolak pintu, lalu berluru masuk ke dalam rumah nenek. Nenek Si Comel sangat terkejut apabila mendapati bukan cucu kesayangannya yang datang, tetapi seekor serigala yang garang. Dia melompat lalu menyembunyikan dirinya dalam almari. Serigala menyamar dengan memakai pakaian nenek dan baring di atas katil. Sebentar kemudian Si Comel Bertudung Merah pun tiba, lalu dia mengetuk pintu sambil berkata, nenek-nenek bukalah pintu, saya Si Comel. Serigala menjawab, masuklah cu.... Si Comel berasa sesuatu telah berlaku kepada neneknya.
               Dia memerhatikan wajah kesayangan neneknya dan mendapati rupa nenek sangat ganjil. Nenek..... kenapa telinga nenek sangat besar? Ya, memang besar supaya dapat mendengar suara kau dengan jelas, sayang. Eh....eh....nenek...kenapa mata nenek terbeliak besar? Tanya Si Comel lagi. Besar.......ha........besar supaya dapat melihat wajah kau yang comel dengan jelas, sayang. Eh..eh..kenapa gigi nenek besar dan tajam? Ha.....mestilah besar dan tajam supaya dapat makan kamu dengan mudah. Ha.....ha....serigala terus mengejar dan cuba menerkam ke arah Si Comel Bertudung Merah. Si Comel menjerit sambil meminta tolong. Tolong.....tolong......... Nasib baik pada ketika itu suara Si Comel didengari oleh pemotong kayu. Lalu, pemotong kayu berlari untuk menyelamatkannya.
              Selepas itu, Si Comel dan pemotong kayu pun menuju ke rumah nenek. Terima kasih kerana tuan telah menyelamatkan kami. Nenek, saya sangat menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibu. Kata, Si Comel dengan sedih. Nenek memeluk Si Comel sambil berkata, tak mengapalah cu........tapi lain kali janganlah buat lagi. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Jadi kawan-kawan ingat pesan ibu kerana ibulah permulaan kita. Ibu bergenang air mataku Terbayang wajahmu yang redup sayu Kudusnya kasih yang engkau hamparkan Bagaikan laut yang tak bertepian Ibu kau ampunilah dosaku Andainya pernah menghiris hatimu Restumu yang amat aku harapkan Kerana di situ letak syurgaku Sekian sahaja cerita saya, terima kasih.


 Malin Kundang
               Pada suatu waktu, hiduplah sebuah keluarga nelayan di pesisir pantai wilayah Sumatra. Keluarga tersebut terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak laki-laki yang diberi nama Malin Kundang. Karena kondisi keuangan keluarga memprihatinkan, sang ayah memutuskan untuk mencari nafkah di negeri seberang dengan mengarungi lautan yang luas. Maka tinggallah si Malin dan ibunya di gubug mereka. Seminggu, dua minggu, sebulan, dua bulan bahkan sudah 1 tahun lebih lamanya, ayah Malin tidak juga kembali ke kampung halamannya. Sehingga ibunya harus menggantikan posisi ayah Malin untuk mencari nafkah.
              Malin termasuk anak yang cerdas tetapi sedikit nakal. Ia sering mengejar ayam dan memukulnya dengan sapu. Suatu hari ketika Malin sedang mengejar ayam, ia tersandung batu dan lengan kanannya luka terkena batu. Luka tersebut menjadi berbekas dilengannya dan tidak bisa hilang. Setelah beranjak dewasa, Malin Kundang merasa kasihan dengan ibunya yang banting tulang mencari nafkah untuk membesarkan dirinya. Ia berpikir untuk mencari nafkah di negeri seberang dengan harapan nantinya ketika kembali ke kampung halaman, ia sudah menjadi seorang yang kaya raya.
              Malin tertarik dengan ajakan seorang nakhoda kapal dagang yang dulunya miskin sekarang sudah menjadi seorang yang kaya raya. Malin kundang mengutarakan maksudnya kepada ibunya. Ibunya semula kurang setuju dengan maksud Malin Kundang, tetapi karena Malin terus mendesak, Ibu Malin Kundang akhirnya menyetujuinya walau dengan berat hati. Setelah mempersiapkan bekal dan perlengkapan secukupnya, Malin segera menuju ke dermaga dengan diantar oleh ibunya. "Anakku, jika engkau sudah berhasil dan menjadi orang yang berkecukupan, jangan kau lupa dengan ibumu dan kampung halamannu ini, nak", ujar Ibu Malin Kundang sambil berlinang air mata.
             Kapal yang dinaiki Malin semakin lama semakin jauh dengan diiringi lambaian tangan Ibu Malin Kundang. Selama berada di kapal, Malin Kundang banyak belajar tentang ilmu pelayaran pada anak buah kapal yang sudah berpengalaman. Di tengah perjalanan, tiba-tiba kapal yang dinaiki Malin Kundang di serang oleh bajak laut. Semua barang dagangan para pedagang yang berada di kapal dirampas oleh bajak laut. Bahkan sebagian besar awak kapal dan orang yang berada di kapal tersebut dibunuh oleh para bajak laut. Malin Kundang sangat beruntung dirinya tidak dibunuh oleh para bajak laut, karena ketika peristiwa itu terjadi, Malin segera bersembunyi di sebuah ruang kecil yang tertutup oleh kayu. Malin Kundang terkatung-katung ditengah laut, hingga akhirnya kapal yang ditumpanginya terdampar di sebuah pantai. Dengan sisa tenaga yang ada, Malin Kundang berjalan menuju ke desa yang terdekat dari pantai. Sesampainya di desa tersebut, Malin Kundang ditolong oleh masyarakat di desa tersebut setelah sebelumnya menceritakan kejadian yang menimpanya.
              Desa tempat Malin terdampar adalah desa yang sangat subur. Dengan ketekunan dan kegigihannya dalam bekerja, Malin lama kelamaan berhasil menjadi seorang yang kaya raya. Ia memiliki banyak kapal dagang dengan anak buah yang jumlahnya lebih dari 100 orang. Setelah menjadi kaya raya, Malin Kundang mempersunting seorang gadis untuk menjadi istrinya. Berita Malin Kundang yang telah menjadi kaya raya dan telah menikah sampai juga kepada ibu Malin Kundang. Ibu Malin Kundang merasa bersyukur dan sangat gembira anaknya telah berhasil.
             Sejak saat itu, ibu Malin Kundang setiap hari pergi ke dermaga, menantikan anaknya yang mungkin pulang ke kampung halamannya. Setelah beberapa lama menikah, Malin dan istrinya melakukan pelayaran dengan kapal yang besar dan indah disertai anak buah kapal serta pengawalnya yang banyak. Ibu Malin Kundang yang setiap hari menunggui anaknya, melihat kapal yang sangat indah itu, masuk ke pelabuhan. Ia melihat ada dua orang yang sedang berdiri di atas geladak kapal. Ia yakin kalau yang sedang berdiri itu adalah anaknya Malin Kundang beserta istrinya. Malin Kundang pun turun dari kapal. Ia disambut oleh ibunya. Setelah cukup dekat, ibunya melihat belas luka dilengan kanan orang tersebut, semakin yakinlah ibunya bahwa yang ia dekati adalah Malin Kundang.
          "Malin Kundang, anakku, mengapa kau pergi begitu lama tanpa mengirimkan kabar?", katanya sambil memeluk Malin Kundang. Tapi apa yang terjadi kemudian? Malin Kundang segera melepaskan pelukan ibunya dan mendorongnya hingga terjatuh. "Wanita tak tahu diri, sembarangan saja mengaku sebagai ibuku", kata Malin Kundang pada ibunya. Malin Kundang pura-pura tidak mengenali ibunya, karena malu dengan ibunya yang sudah tua dan mengenakan baju compang-camping. "Wanita itu ibumu?", Tanya istri Malin Kundang. "Tidak, ia hanya seorang pengemis yang pura-pura mengaku sebagai ibuku agar mendapatkan harta ku", sahut Malin kepada istrinya.
            Mendengar pernyataan dan diperlakukan semena-mena oleh anaknya, ibu Malin Kundang sangat marah. Ia tidak menduga anaknya menjadi anak durhaka. Karena kemarahannya yang memuncak, ibu Malin menengadahkan tangannya sambil berkata "Oh Tuhan, kalau benar ia anakku, aku sumpahi dia menjadi sebuah batu". Tidak berapa lama kemudian angin bergemuruh kencang dan badai dahsyat datang menghancurkan kapal Malin Kundang. Setelah itu tubuh Malin Kundang perlahan menjadi kaku dan lama-kelamaan akhirnya berbentuk menjadi sebuah batu karang. (SELESAI)



 Sepohon Epal

Menjalankan kerja janganlah malas,
 Zahir dan batin janganlah culas,
 Jernihkan hati hendaklah ikhlas,
Seperti air di dalam gelas.

               Menjunjung kasih Tuan Pengerusi Majlis, saf-saf kehakiman yang bertunjangkan keadilan, berpaksikan kebijaksanaan serta warga hadirin sekalian. Assalamualaikum w.b.t
           Eh,ramainya kawan-kawan di sini. Kawan-kawan nak dengar cerita tak? Ha,hari ini saya akan bercerita tentang sepohon epal. Ha,sudah sedia semua?
          Pada suatu ketika dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal itu setiap hari.Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirahat lalu terlelap di situ. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut. 
          Kawan-kawan, Masa berlalu begitu pantas sekali. Anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon apel itu dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu." Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab remaja itu." Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah remaja itu, sambil menyanyi.

sepohon epal daunnya rimbun
 lebat bunganya serta buahnya
walaupun hidup seribu tahun 2x
 kalau tak berbakti apa gunanya 2x

               Apabila mendengar nyanyian itu, pohon epal berasa sedih, lalu berkata. Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang dan kau bolehlah membeli permainan yang kau inginkan. "Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal itu, lalu pergi dari situ dan tidak kembali lagi buat sekian lama. Kawan-kawan sekalian, Pada suatu hari, remaja itu kembali lagi. Dia semakin dewasa. Pohon epal itu berasa sangat gembira."Marilah bernyanyi-nyanyi bersamaku," ajak pohon epal itu." Ah, aku tiada waktu untuk bernyanyi. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina sebuah rumah yang besar, cantik sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya anak itu." Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah seperti yang kau idamkan. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pohon epal itu memberikan cadangan.
             Tanpa berlengah lagi, dia memotong kesemua dahan pohon epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon epal itu pun turut gembira tetapi kemudiannya berasa sedih kerana lelaki itu tidak kembali lagi . Kawan-kawan sekalian, Apakah pula yang terjadi selepas itu ? Tiba-tiba, seorang lelaki yang telah matang dan dewasa datang menemui pohon epal itu."Marilah berbual-bual denganku," aku terlalu rindu dengan suaramu. Ajak pohon epal itu." Maafkan aku, aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai sebuah bahtera. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu." Lalu, pohon epal itu berkata, kau bolehlah memotong batang pohon ini untuk dijadikan bahtera. Kau akan dapat belayar dengan gembira bersama-sama keluargamu," kata pohon epal.
            Lelaki itu terus menebang batang pohon epal tersebut. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi buat sekian lama. Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang lagi menuju tunggul epal itu. Ah, aku sekarang sudah tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku hanya ada tunggul dan akar yang hampir mati..." kata tunggul epal itu dengan nada sedih. "Aku tidak mahu semua itu lagi, aku berasa terlalu letih dan ingin beristirahat," jawab lelaki tua itu. "Jika begitu, istirahatlah disisiku," kata tunggul epal. Lalu, lelaki tua itu duduk disampingnya. Diwajah mereka terpancar kegembiraan.

 Riang hatiku badan bertuah
 Punya teman yang comel dan manja
Berjanji akan selalu bersama
 Menemani ku setiap masa.

               Kawan-kawan untuk renungan kita semua, Sebenarnya, pohon epal yang saya maksudkan di dalam cerita ini adalah kedua-dua ibu bapa kita. Ketika kanak-kanak, kita suka bermain dan berbual dengan mereka. Apabila meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka, dan hanya kembali meminta pertolongan apabila berada di dalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon epal itu, cuba fikirkan, itulah hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Oleh itu,hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Janganlah hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun

." Ibu…....Ayah
 Daku telah banyak berdosa kepadamu
 Dapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang laksana pepasir di pantai
Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
 Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
 Dan menatap wajahku yang hina ini...
 Ibu...........Ayah
 Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia
Disamping keluarga tercinta...

 Sekian sahaja cerita saya, wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum wbt.


 DAKWAH NABI ZAKARIA DAN YAHYA ALAIHUMA SALAM

Tulang empat keratku begitu lemah,
 Uban memutih nampak berubah,
 Doa diutus hati yang gundah,
 Agar sang putera diutus Allah

 Menjunjung kasih Tuan Pengerusi Majlis, saf-saf kehakiman yang bertunjangkan keadilan, berpaksikan kebijaksanaan serta warga hadirin sekalian. Assalamualaikum w.b.t
              Anda semua nak dengar cerita?, Cerita dari al-Quran mulia, Cerita tentang Zakaria dan Yahya, Berdakwah menentang Raja durjana. Muslimin dan muslimat yang dikasihi, Nabi Zakaria merupakan utusan Allah untuk Bani Israel, diperintah Allah agar menyeru kaum itu kembali mematuhi segala syariat Nabi Musa sebelum ini. Baginda sudah lanjut usia untuk menyampaikan dakwah sedang ketika itu, baginda tidak mempunyai waris untuk meneruskan usaha tersebut. Setidaknya, kehadiran seorang putera mampu untuk meneruskan tugasnya dalam memastikan Bani Israel tidak terus terjerumus dalam kehidupan yang penuh mungkar dan maksiat.
            Putus asa??Kalimah itu tidak pernah sesekali wujud dalam kamus hidupnya. Baginda bersama-sama isterinya, Hannah, tidak putus-putus berdoa agar Allah memperkenan doa mereka. Berbanding dengan situasi sekarang bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata, bagaikan mencampak sampah yang sudah tidak berguna. Kejamnya manusia, mengalahkan haiwan yang lebih menyayangi anaknya.

 90 tahun penuh harapan,
 Putera didamba dalam kurniaan,
Berkat tabah penuh kesabaran,
 Lahirlah Yahya penyambung warisan

             Yahya, nama dari Tuhan sang pencipta, seorang bayi yang begitu luar biasa keadaannya, membesar dengan cepat dan sihat badannya, kuat akal, tajam pula pemikirannya. Beliau sangat tekun beribadah sehingga badannya kurus kering, wajahnya pucat dan matanya cengkung. Kehadiran baginda begitu didambakan oleh masyarakat di sekelilingnya juga. Mereka selama ini sudah cukup merana dan terseksa. Ketidak adilan serta kezaliman sang penguasa amat bermaharajalela. Justeru itu, kepada Nabi Yahyalah pembelaan terus dipinta. Sungguh, terasa berat amanah yang dipikul ini, kata baginda. Adakah aku mampu untuk melenyapkan kezaliman ini?
                Langkah pertama dakwahnya, Baginda menganggotai Dewan Synodus, bertujuan untuk memperbetulkan tingkah laku para pendeta yang sudah tersasar jauh dari kebenaran. Moga kebenaran mampu ditegakkan. Pendapat-pendapat Baginda sentiasa membuatkan anggota dewan panas telinga sehingga mampu membahayakan kedudukan beliau. Justeru, Baginda dianggap sebagai duri dalam daging yang mencucuk secara diam-diam. Hadirin dan hadirat sekalian, Apakah pula yang terjadi selepas itu? Kemungkaran sang Raja bernama Herodus semakin jelas terlihat.Herodus dikhabarkan akan mengahwini Herodia, gadis yang sungguh cantik dan menarik, berpangkat anak tiri kepada Herodus. Sedang hukum di dalam Taurat dengan jelas menentang perbuatan sebegitu. Justeru itu, Nabi Yahya dengan tegas bersuara menentang tujuan Herodus itu.
               Puteri Herodia telah mendengar penentangan Nabi Yahya tentang perkahwinannya bersama Raja Herodus. "Ah,berani sungguh engkau wahai Yahya ingin menghalang hajatku mempersuamikan sang Raja agung itu". Lalu, Puteri Herodia menyuruh Raja Herodus membunuh Nabi Yahya. Akhirnya Nabi Yahya dapat ditangkap oleh mereka dan dipenggal kepalanya dengan kejam oleh Raja Herodus tanpa belas kasihan. Mendengar khabar anaknya telah dibunuh, maka Nabi Zakaria yang juga dalam buruan Raja Herodus cuba untuk menyelamatkan dirinya dengan bersembunyi di dalam sebatang pokok. Namun, kerana kejahatan Iblis durjana, Baginda juga dapat dibunuh oleh orang-orang Herodus.
              Beginilah kisah perjuangan mulia Nabi Allah Zakaria dan anaknya Yahya dalam memperjuangkan hukum Allah. Kesudahan yang dilihat adalah satu kekalahan, namun sebenarnya, ia bukanlah satu kekalahan, tetapi merupakan satu kemenangan buat mereka kerana berjaya mendapat syahid sebagai ganjaran untuk keberaniannya. Bagaimana pula dengan pengakhiran sang Raja durjana bersama pengikutnya? Bergelak ketawalah mereka, Disangka menang..tetapi dimurkai Allah s.w.t. Hingga Allah menurunkan bala. Akhirnya matilah kesemua orang kafir Bani Israel disebabkan bencana dari Allah kerana membunuh pesuruhNya. Muslimin dan muslimat sekalian, Ingatlah setiap apa yang kita lakukan pasti ada balasannya dari Allah,tidak kira sama ada ianya baik mahu pun tidak. Kita sebagai hambanya berusahalah untuk mencapai kesudahan yang baik di akhirnya. Sekian sahaja cerita saya, wabillahi taufiq wal hidayah«wassalamu alaikum wbt

2 ulasan:

  1. http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/01/kuku-kuning-ini-cara-termudah.html
    http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/01/10-cara-duduk-ungkap-karakter-seseorang.html
    http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/01/4-hal-yang-dialami-tubuh-bila-tidur-di.html

    QQTAIPAN .ORG | QQTAIPAN .NET | TAIPANQQ .VEGAS
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 7 Permainan.
    • BandarQ
    • AduQ
    • Capsa
    • Domino99
    • Poker
    • Bandarpoker.
    • Sakong
    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : D60E4A61
    • BB : 2B3D83BE
    Come & Join Us!

    BalasPadam